Friday, 23 November 2012

hp LaserJet 1010 driver for windows 7


Masalah betul nak install driver hp laserjet 1010 untuk windows 7, dapat dari hp.com pun tak berguna...banyak sangat zip doc yang ntah ape-ape. Setelah puas mencari driver sana sini..akhirnya bertemu jua...caranya AMAT MUDAH. Bagi yang ada masalah macam saya boleh ikuti langkah ini:

1. plug-in  LJ 1010 anda dan klik butang 'Start' yang dekat bawah bucu kiri monitor.
2. pilih 'Devices and Printers'.
3.pilih  'Add Printer'.
4.pilih  port 'DOT4_001'.
5. klik 'Windows Update' dan tunggu hingga senarai dipaparkan.
6.pilih 'HP LaserJet 3055 PCL5 (HP)'.
7. klik 'next' dan tunggu hingga 'installation selesai.
8. Akhir sekali, taip 'printer name': "HP LaserJet 1010".
ITU SAHAJA.....SELAMAT BERJAYA!

Thursday, 4 October 2012

Canvas Print

Canvas print....medium terbaru mempamerkan hasil fotografi atau lukisan digital. Idea ini menrik kerana masih baru dalam industri percetakan dan memiliki keunikan tersendiri. Biasanya sebelum ini kita hanya dapat lihat hasil karya pelukis profesional menggunakan cat minyak di atas canvas, tetapi hari ini  hasil foto dari kemera telefon anda juga boleh dicetak di atas canvas ( ala profesional atau lukisan mahal), jadi hiasan dinding rumah atau premis perniagaan. Harga!...memang berbaloi dengan keunikan yang tersendiri. Contoh canvas print: 

Gambar dengan berbilang panel


Gambar keluarga


Gambar panorama


Selain hasil fotografi, lukisan digital juga idea yang menarik untuk diabadikan di atas canvas ini. GAMBAR KELUARGA DENGAN KESAN LUKISAN CAT MINYAK...menarik kan!


BERMINAT MEMILIKI 'LUKISAN MINYAK' KELUARGA ?
Boleh buat tempahan dengan panel saya.

Sunday, 22 July 2012

Kad Nama PVC 200gsm

Kad nama kertas PVC 200gsm dengan offset printing, kertas jenis ini adalah kualiti terbaik yang pernah digunakan. Dengan ciri yang tahan lasak, kalis air, tidak mudah koyak, boleh disimpan lama walaupun dalam 'album card holder' warnanya tidak tanggal dan tidak melekat pada 'plastic cover'. Warna tidak berubah dan tidak tanggal berbanding digital printing. Walaupun terdapat finishing lain yang lebih menarik seperti Matt Lamination dan spot UV dengan harga yang lebih tinggi, namun dari segi ketahanan PVC adalah pilihan yang BERBALOI. Harga sekitar RM60 -RM80 utk 200kpg. Contoh di iprint4u.biz  ,  eprint.aslah.com.my

Saturday, 21 July 2012

Khall Date Cider (RM45/kotak)


Khall Dates Cider nrbashirah dengan formulasi yang istimewa, berkhasiat dan sungguh sedap dinikmati. Dengan kombinasi pemakanan sunnah seperti khal (cuka kurma), kismis, habbatussauda, dan madu diperkayakan dengan minyak kelapa dara menjadikan Khall Dates Cider begitu baik untuk membantu pelbagai masalah kesihatan.

Manfaat Mengamalkan Khall Dates Cider :
  • Memotong/menyahkan kolestrol Jahat (LDL)
  • Nyahtoksik (Detox)
  • Menyucikan Usus
  • Menghasilkan Bakteria Baik
  • Membantu dan Mempercepatkan Sistem Penyerapan
  • Menghalang Terhasilnya Radikal Bebas
  • Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
  • Menjana Tenaga Segera/Energy Booster (SESUAI JADIKAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN)
Kandungan : Kismis, Khal(cuka kurma), Glukosa, Habbatussauda’, Madu dan Minyak Kelapa Dara

1 kotak mengandungi 25 sachet

Diperkaya dengan :
  • Ekstrak Kurma (kaya Protein, Kalsium, Zat Besi, Potassium, Flavanoid, Phuspate)
  • Ekstrak Habatus Sauda’ (kaya Sterol, Thymohydroquinone, Carvone, Limonine, Cymene, Alkaloids, Saponin)
  • Ekstrak kismis (kaya Boron, Flavanoid, Vitamin D, Estrogen)

Indikasi : Minuman kesihatan tambahan istimewa untuk semua
Cara Penggunaan :
  • 1 sachet setiap pengambilan (sebelum sarapan/makan malam)
  • Mulakan dengan Bismillah
  • Selawat 3x (Tiga Kali)
  • Berdoa dan berserah kepada Allah s.w.t agar dimakbulkan apa yang dihayati
Perhatian :
TIDAK SESUAI UNTUK IBU MENGANDUNG
Saranan : Bagi mereka yang menghidap Gastrik amalkan selepas makan serta perbanyakkan minum air kosong
Cara Simpan :
Simpan di tempat kering dan elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari